Sunday 29 December 2013
04:57 0

Lana Nordin: “Tidak Dapat Restu Hanya Sekadar Alasan”

Lana Nordin : “Tidak Dapat Restu Hanya Sekadar Alasan”

Dunia hiburan tempatan kini masih lagi hangat dengan kisah cinta dan putus cinta singkat yang dialami pelakon Lana Nordin dan Johan As’ari.

Tidak sampai sebulan bercinta tapi dah putus cinta kerana tidak dapat restu daripada keluarga Johan.

“Bagi saya, tidak mendapat restu hanya sekadar alasan. Jika Johan ikhlas mahu memperisterikan saya tentunya dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan ini terutama merapatkan saya dengan keluarganya.

“Banyak lagi masa untuk memperbaiki dan memujuk hati keluarganya, tapi Johan nampaknya sudah menyerah kalah,” katanya memetik laporan akhbar sisipan Bi-Pop, hari ini.

0 comments:

Post a Comment