Thursday 26 December 2013
22:20 0

GEMPAR!!! INGIN TAHU Siapakah Pengganti Neelofa dalam Rancangan Meletop ya?



Semua sedia maklum dgn keberangkatan pelakon & pengacara jelita, Neelofa Mohd ke Los Angeles, Amerika untuk pengajian kelas drama & lakonan di sana.

Sepanjang ketiadaannya nanti, orang ramai mula berteka-teki siapa yang akan menjadi pengacara yang bakal digandingkan bersama Nabil dlm program Meletop yang dihoskan bersama Neelofa sebelum ini.

Menurut portal Ohbulan, pelakon genit berbakat besar, Nad Zainal diura-urakan bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan hiburan tersebut.

Ini kerana, kebanyakan pihak produksi mula membuka mata terhadap kebolehan Nad selepas dia mengacarakan Anugerah Skrin 2013 yang lalu dengan Faizal Ismail dan Awal Ashaari.

Nad dilihat mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan sesuai dengan karakternya yang spontan dan bubbly.

Tapi, ada juga khabar angin mengatakan pihak Meletop akan bergilir-gilir memanggil selebriti jemputan sepanjang ketiadaan Neelofa.

Sumber : OH BULAN

0 comments:

Post a Comment