Sunday 29 December 2013
06:53 0

Piala Dunia Akan Dibawa Ke Malaysia ?

Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij yang menjadi rebutan dunia, trofi Piala Dunia, yang akan dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 5 Januari ini.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), Kuala Lumpur antara lokasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.

Trofi itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 3 Januari ini dan ini diikuti pelbagai aktiviti yang diatur oleh Coca-Cola, selaku rakan kongsi korporat FIFA.

Ketika ini trofi itu berada di Myanmar dan akan ke Thailand hari ini dan berada di sana selama tiga hari sebelum ke Vietnam (31 Disember hingga 2 Januari).

Kembara trofi itu bermula dari Rio de Janeiro, Brazil, atau secara tepatnya dari lokasi patung Christ the Redeemer, monumen terkenal di bandar raya tersebut, pada 12 Sept lalu.

Jelajahnya meliputi 88 negara dan wilayah, dengan jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 150,000 kilometer dalam tempoh 267 hari sebelum kembali ke Brazil yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia 2014 .
06:22 0

COMEL ! Momen Menarik Eja & Keluarga Di Amerika


Ketika ramai selebriti memilih benua Eropah sebagai destinasi percutian hujung tahun mereka, pelakon Eja pula telah memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi pilihannya sekeluarga. 
Menerusi foto-foto yang dikongsi di akuan Instagramnya, Eja kini sedang menikmati percutian musim sejuk di Lake Tahoe, Nevada. Jelas terpancar rasa teruja di wajah anak kesayangannya, Nur Eishal yang berpeluang untuk bermain salji.
Jom kita tengok lagi gambar comel Eja bersama keluarganya...










05:20 0

Iklan Produk Beauty Umaira Yang Sesungguhnya Mengundang Penampar Ke Muka Kak Ton…


Kak Ton bijak menggunakan peluang dengan mengetengahkan ‘bakat-bakat’ baru yang dicungkil menerusi laman perkongsian video popular, Youtube iaitu Bobo dan juga Syasya Legoland.

Iklan produk Beauty Umaira ini menggunakan ‘tagline’ popular Syasya, “macam cantik, macam comel je” dengan lenggok dan gaya bersahaja ketiga-tiga personaliti tersebut.

Ketika menonton video ini terdetik perasaan meluat melihat aksi gedik dan ‘adik-adik’ yang ditonjolkan Bobo.

Jom kita tengok iklan Beauty Umaira yang telah diusahakan oleh Kak Ton :-


Apa komen anda?
04:57 0

Lana Nordin: “Tidak Dapat Restu Hanya Sekadar Alasan”

Lana Nordin : “Tidak Dapat Restu Hanya Sekadar Alasan”

Dunia hiburan tempatan kini masih lagi hangat dengan kisah cinta dan putus cinta singkat yang dialami pelakon Lana Nordin dan Johan As’ari.

Tidak sampai sebulan bercinta tapi dah putus cinta kerana tidak dapat restu daripada keluarga Johan.

“Bagi saya, tidak mendapat restu hanya sekadar alasan. Jika Johan ikhlas mahu memperisterikan saya tentunya dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan ini terutama merapatkan saya dengan keluarganya.

“Banyak lagi masa untuk memperbaiki dan memujuk hati keluarganya, tapi Johan nampaknya sudah menyerah kalah,” katanya memetik laporan akhbar sisipan Bi-Pop, hari ini.